Apa itu Tocotrienol?
Kenapa Kaydean Malaysia bertukar kepada tocotrienol, tidak lagi menggunakan tocopherol?
Tocotrienol merupakan kumpulan Vitamin E yang wujud secara semula jadi di kebanyakan persekitaran terutama di dalam tumbuh-tumbuhan. Secara umum, Vitamin E boleh terbahagi kepada dua famili yang besar iaitu Tocopherol dan Tocotrienol. bagi setiap famili Tocopherol dan Tocotrienol, terdapat jenis yang berbeza mengikut struktur mereka. Ia termasuklah alpha, beta, delta dan gamma. Keempat-empat jenis ini wujud dalam setiap famili Vitamin E. Tetapi apakah yang membezakan Tocopherol dan Tocotrienol ? Jawapannya terletak pada struktur mereka sendiri.
Tocotrienol lebih pendek dan singkat berbanding Tocopherol yang lebih panjang Vitamin E merupakan sejenis vitamin yang berstruktur lipid yakni berlemak. Ia memiliki 'kepala' dan 'ekor' yang menjadikan struktrurnya unik. Tocopherol memiliki kepala yang besar dan ekor yang lebih panjang manakala Tocotrienol sebaliknya. Ini menjelaskan mengapa Tocotrienol mampu melindungi permukaan sel dengan lebih dalam berbanding Tocopherol memandangkan Tocotrienol lebih kecil dan mempunyai luas permukaan yang lebih besar dalam menembusi lapisan lipid sel dengan lebih cepat, malah ada kajian menujukkan bahawa daya penembusan Tocotrienol adalah 50% lebih pantas berbanding Tocopherol.
Namun harus diingatkan bahawa tidak semua jenis Tocotrienol adalah sama kerana setiap daripadanya adalah berbeza kekuatan serta fungisnya yang tersendiri. Kajian menunjukkan bahawa dalam empat jenis Tocotrienol yang wujud, hanya delta-Tocotrienol sahaja disahkan paling kuat dan mujarab diikuti gamma-Tocotrienol. Kedua-dua gabungan ini menjadikan Tocotrienol sangat berkuasa dan mampu bertindak sebagai komponen Vitamin E terkuat pernah ditemui.
Memandangkan hampir 99% kajian Vitamin E menfokuskan kepada alpa-Tocopherol, hakikatnya komponen Tocotrienol adalah jauh lebih berkuasa dan dan mujarab. Kajian menunjukkan bahawa Tocotrienol adalah 60 kali lebih kuat berbanding Tocopherol. Tocotrienol juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah jantung, kolestrol tinggi serta mahu memiliki kulit yang cantik berseri.
Tocotrienol bertindak sebagai 'Pengganti Statin Terulung'
Dalam satu kajian yang dijalankan, Tocotrienol mampu mengurangkan paras kolestrol sehingga 31% dalam 4 minggu. Kajian lain juga menunjukkan bahawa ia hampir menyamai tindakan ubat penurun kolesterol popular, Statin. Statin sememangnya merupakan sejenis ubat penurun kolesterol terbaik dan paling effektif dalam menurunkan kolesterol. Namun kesan sampingan yang terpaksa ditanggung kepada mereka yang mengambil ubat ini ialah, sakit-sakit otot, pening kepala, mudah berasa penah serta lemah nafsu syahwat. Berbeza dengan Tocotrienol, hanya jenis delta dan gamma Tocotrineol sahaja yang mampu bertindak seperti statin tanpa mendatangkan kesan-kesan tersebut.
Pigmentasi, tona kulit tidak sekata dan parut yang dalam dapat diatasi dengan pengambilan Tocotrienol.
Selain itu, antioksidan ini juga sangat berkuasa dalam pembaikan sel. Sememangnya diketahui ramai bahawa Vitamin E sangat penting dalam menghentikan penuaan kulit, menjadikan kulit lebih halus serta kurang pigmentasi. Berbeza dengan Tocotrienol, ia mampu bertindak lebih jauh ke dalam sel berbanding Tocopherol. Ini menjelaskan mengapa ia 60 kali lebih berkuasa daripada Tocopherol. Tocotrienol juga mampu bertindak sebagai penampan sinaran UV matahari secaa semula jadi sekiranya diambil sebelum pendedahan cahaya matahari. Ia mampu merencatkan enzim Tyrosinase yang bertindak sebagai pigmen penggelapan kulit. Antioksidan ini termendap di dalam lapisan lipid sel dan mengelakkan berlakunya oksidasi lipid yang membawa kepada kulit yang kurang bermaya, mencegah pemusnahan kolagen dan menjadikan lapisan dermis kulit lebih anjal.
Comments
Post a Comment