Rawatan Kecemasan Untuk Serangan Angin Ahmar Sebelum Sampai ke Hospital
Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan atau pun jarum jahit yang
kebiasaannya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti
berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk
sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika
tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal
berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya
berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan
anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika
berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan
risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan
dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan. Bapa saya
meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah
terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa
tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun
masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan
kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai
ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari
masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda
melakukannya sendiri.
Apabila serangan angin ahmar mengenai
seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk
pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin
ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa
bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan
ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan
kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan
sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula,
keadaan mungkin akan bertambah buruk. Jika di rumah anda ada jarum
suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak
berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan
berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm
dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan
darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah.
Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit
sehingga mangsa sedar semula. Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik
telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga
dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit
kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa
benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance
semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa
sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan
berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini
berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya,
walaupun dia mampu berjalan semula. ”Saya belajar tentang menitiskan
darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina
bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke.
Selain itu saya
juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini
adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini.
Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di
Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke
kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”
Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia
kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami,
dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar
saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya.
Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis
darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia
membuka matanya. Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya
menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya
kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2
titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan
percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan the panas,
merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia
ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus
bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa
kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami
pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk
dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama
kematian.
Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi
kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini ada
kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita
boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera,
dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan
izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah
bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya
penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di
kalangan kita.
*copy paste
*photo dari google search
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT
Comments
Post a Comment